Wednesday 14 March 2012

BAB 1:MULTILEVEL MARKETING ADALAH INDUSTRI YG HEBAT
Multilevel Marketing adalah merupakan 1 industri yg sedang pesat berkembang di dunia amnya dan di Malaysia khasnya.Walaupun industri ini telah berada di negara kita hampir separuh abad namun proses perkembangannya sering terbantut dan terganggu.Perjalanan industri ini terencat akibat kegiatan skim cepat kaya dan binary yg berorentasikan semata-mata kpd 'money game' yang sememangnya tidak berdaftar di bawah akta jualan langsung 1993.Ternyata ianya berbeza sama sekali dengan cara perniagaan Multilevel Marketing yang sebenar yang berorentasikan kepada produk dan perhubungan.Ramai pemain MLM terpengaruh dgn cara dan pendekatan yg dibawa olh pemain-pemain skim ini sehingga akhirnya perniagaan MLM telah hilang keaslian dan ketulenannya.Banyak perkara yg salah sudah di anggap betul dan perkara yang betul sudah di anggap salah.Sebab itulah kita melihat hari ini ramai pemain MLM yg berjaya tidak dapat mempertahankan kejayaannya dan kalau pun ada yang boleh bertahan ianya tidak menepati kejayaan MLM yang sebenarnya iaitu banyak duit dan banyak masa,ternyata mereka ini sibuk walaupun telah lebih satu dekad mengembangkan empayar perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment