Thursday 13 June 2013

INFO KESIHATAN

Uric Acid

Kandungan uric acid yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.

Paras uric acid di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah tetap kekal normal sekiranya tiada  faktor keturunan. Sebab itu, seseorang yang paras uric acid di dalam darah pada paras normal semasa ujian darah yang pertama – menunjukkan seseorang itu tak perlu lagi diulang periksa ujian darah uric acidnya .

Paras normal uric acid bagi lelaki sebaiknya di bawah daripada 300umol/l……dan bagi perempuan sebaiknya di bawah daripada 250umol/l bagi mengelak atau mencegah daripada penyakit gout dan batu karang dalam saluran kencing.

Elakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam bunga kobis dan  kacang dal.

Pesakit gout jika dinasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman beralkohol dan minum air banyak.

Seseorang yang paras uric acidnya tinggi biasanya perlu mengambil ubat allopurinol atau colchicine untuk jangka masa panjang di mana dos ubat diubahsuai mengikut ujian darah. Oleh itu, pesakit perlulah diuji darah untuk uric acid secara berkala / follow up.



Darah Tinggi - akibat buruk

1. OTAK – boleh menyebabkan salur darah di dalam otidak pecah dan mengakibatkan perdarahan dalam otak. Angin ahmar / strok – lemah atau lumpuh  sebahagian anggota badan dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Tekanan darah yang tinggi di dalam salur darah mengakibatkan dinding salur darah menebal dan menyempitkan salur darah. Apabila darah tidak mengalir lancar  atau tidak sampai ke bahagian tertentu di dalam otidak juga mengakibatkan strok.Kolesterol yang tinggi menambahsempitkan lagi salur darah, usia tua juga berisiko tinggi untuk strok kerana dinding salur darah yang tebal.

2. MATA – salur darah di dalam mata juga boleh sempit dan pecah yang boleh mengakibatkan buta.

3. JANTUNG – Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan jantung kembang dan lemah jantung. Pesakit darah tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung kerana salur darah kecil yang membekalkan oksigen ke otot jantung – sempit atau tersumbat dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.

4. BUAH PINGGANG – Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyempitkan salur darah yang membekalkan darah ke buah pinggang. Akibatnya buah pinggang boleh mengecil saiznya dan merosakkan sistem tapisan darah di dalam buah pinggang. Racun “urea” yang hasil metabolism makanan yang bersumber protin yang sepatutnya dibuang sebagai bahan toksin di dalam kencing tidak mampu lagi ditapis keluar oleh buah pinggang yang rosak. Akibatnya seseorang itu akan terpaksa menjalani dialysis buah pinggang demi untuk menyambung nyawa untuk membuang racun “urea” yang terkumpul di dalam darah. Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal isipadu air di dalam badan kita. Akibat kegagalan buah pinggang juga menyebabkan seseorang yang gagal buah pinggangnya – sembab atau bengkak air – keliling mata, muka, di dalam abdomen, skrotum, kedua-dua kaki dan juga di dalam paru-paru kerana buah pinggang yang gagal berfungsi tidak mampu lagi untuk membuang air yang berlebihan di dalam badan seseorang.

5. SALUR  DARAH DI DALAM ABDOMEN – Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan salur darah besar “aorta” di dalam abdomen bocor atau pecah – boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Salur darah di hujung kaki boleh menyempit dan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki. Sehingga ke satu tahap, warna kulit akan bertukar biru dan hitam akibat aliran darah tidak sampai ke hujung kaki. Akhirnya, kaki boleh “mati” dan demi untuk menyelamatkan nyawa, pesakit terpaksa dipotong kakinya; samada pada paras di bawah atau di atas lutut. Merokok dan kolesterol yang tinggi menambahkan lagi risiko untuk menghadapi keadaan ini.
Setelah anda faham akan risiko bahaya seperti diterangkan tadi, bertindaklah dari sekarang untuk mencegah daripada berlakunya segala bahaya yang diterangkan tadi.

AMBILLAH SEGALA LANGKAH YANG BERIKUT

Makan ubat darah tinggi yang teratur dan mengikut arahan dos yang ditetapkan.

Berjumpa doktor secara berkala / temujanji

Kurangkan berat badan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.

Elakkkan makanan berkolesterol tinggi

Kurangkan garam

Kurangkan stress

Lakukan senaman harian