Friday 2 November 2012

Memories...

Friday, May 22, 2009

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

-mstar.com

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang diterima Drs Khalil Isdham Lim sebentar tadi dan juga telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepadanya yang dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah...

Thursday 1 November 2012

Rahsia Pelaburan Silver


Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”
Perak, emas dan logam berharga lain biasanya dilihat sebagai pelaburan bijak. Pelaburan logam berharga adalah sebahagian besarnya berlaku atas pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik dan peristiwa lain yang cenderung untuk memberi kesan kepada nilai pelaburan yang lain. Ia adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai untuk melindungi harta anda daripada kesan kemelesetan dan kemurungan – dan logam berharga yang lazim didagangkan, perak adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pelabur dan secara umumnya dianggap sebagai pelaburan paling selamat.

Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver atau perak juga tidak ketinggalan naik. Kalau dulu kita hanya lihat emas sahaja yang menjadi minat pelabur. Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.
Silver atau perak digunakan di dalam industri pembuatan barang kemas dan juga perak bullion. Selepas perang dunia kedua dan tahun 1960an, penemuan saintifik telah menyebabkan industri semakin memerlukan perak, tidak seperti emas, emas hanya digunakan untuk dua perkara iaitu wang dan barangan kemas, kurang dari 10% keluaran emas digunakan untuk industri, 90% dari keluaran emas masih digunakan untuk barangan kemas dll. Seperti kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak tidak menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai. Perak sangat diperlukan di dalam industri, ia merupakan konduktif elektrik yang baik, di dalam kehidupan yang moden, semua tidak akan wujud jika tiada perak. Barangan fotografi, bateri dan elektronik, ia semakin banyak digunakan. Semakin banyak teknologi yang dijumpai, semakin banyak perak akan digunakan.
Sebelum ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda. Kalau dilihat dengan mata kasar, para pelabur boleh membuat keuntungan dari perbezaan harga tersebut. Untuk tahun ini, pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekali gus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi. Memandangkan perak adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekali gus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan perak.
Jika dikaji, kenaikan perak sepanjang 10 tahun ke belakang adalah sebanyak 797.66%. Ini bermaksud, kenaikan setahun perak adalah sebanyak 80%! Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga emas. Kalau diletak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001, pada akhir 2011, nilai pelaburan adalah bersamaan dengan RM4923.60. Kalau melabur dalam perak, nilainya melonjak kepada RM7976.60. Jauh lagi HEBAT! Harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40 hingga 50 kali. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas orang miskin atau “poor’s man gold” ini kerana semua orang mampu membeli perak.
Dengan menambah perak secara umum kepada portfolio saham, bon dan dana bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset ketara atau sebenar kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi portfolio terhadap turun naik dalam nilai apa-apa jenis aset.
Tetapi apakah faktor yang mempengaruhi kenaikan perak? Adakah faktor yang sama seperti emas? Mari kita lihat:
Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian ketika krisis kewangan. Contohnya, satu auns bullion perak berjenama Morgan yang berharga RM150 disembunyikan di bawah katil selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, bullion perak tersebut boleh dijual dengan harga RM300. Nilai bullion perak Morgan tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan ini bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.