Friday 2 November 2012

Memories...

Friday, May 22, 2009

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.

"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

-mstar.com

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang diterima Drs Khalil Isdham Lim sebentar tadi dan juga telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepadanya yang dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah...

Thursday 1 November 2012

Rahsia Pelaburan Silver


Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”
Perak, emas dan logam berharga lain biasanya dilihat sebagai pelaburan bijak. Pelaburan logam berharga adalah sebahagian besarnya berlaku atas pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik dan peristiwa lain yang cenderung untuk memberi kesan kepada nilai pelaburan yang lain. Ia adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai untuk melindungi harta anda daripada kesan kemelesetan dan kemurungan – dan logam berharga yang lazim didagangkan, perak adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pelabur dan secara umumnya dianggap sebagai pelaburan paling selamat.

Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver atau perak juga tidak ketinggalan naik. Kalau dulu kita hanya lihat emas sahaja yang menjadi minat pelabur. Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.
Silver atau perak digunakan di dalam industri pembuatan barang kemas dan juga perak bullion. Selepas perang dunia kedua dan tahun 1960an, penemuan saintifik telah menyebabkan industri semakin memerlukan perak, tidak seperti emas, emas hanya digunakan untuk dua perkara iaitu wang dan barangan kemas, kurang dari 10% keluaran emas digunakan untuk industri, 90% dari keluaran emas masih digunakan untuk barangan kemas dll. Seperti kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak tidak menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai. Perak sangat diperlukan di dalam industri, ia merupakan konduktif elektrik yang baik, di dalam kehidupan yang moden, semua tidak akan wujud jika tiada perak. Barangan fotografi, bateri dan elektronik, ia semakin banyak digunakan. Semakin banyak teknologi yang dijumpai, semakin banyak perak akan digunakan.
Sebelum ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda. Kalau dilihat dengan mata kasar, para pelabur boleh membuat keuntungan dari perbezaan harga tersebut. Untuk tahun ini, pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekali gus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi. Memandangkan perak adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekali gus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan perak.
Jika dikaji, kenaikan perak sepanjang 10 tahun ke belakang adalah sebanyak 797.66%. Ini bermaksud, kenaikan setahun perak adalah sebanyak 80%! Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga emas. Kalau diletak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001, pada akhir 2011, nilai pelaburan adalah bersamaan dengan RM4923.60. Kalau melabur dalam perak, nilainya melonjak kepada RM7976.60. Jauh lagi HEBAT! Harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40 hingga 50 kali. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas orang miskin atau “poor’s man gold” ini kerana semua orang mampu membeli perak.
Dengan menambah perak secara umum kepada portfolio saham, bon dan dana bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset ketara atau sebenar kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi portfolio terhadap turun naik dalam nilai apa-apa jenis aset.
Tetapi apakah faktor yang mempengaruhi kenaikan perak? Adakah faktor yang sama seperti emas? Mari kita lihat:
Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian ketika krisis kewangan. Contohnya, satu auns bullion perak berjenama Morgan yang berharga RM150 disembunyikan di bawah katil selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, bullion perak tersebut boleh dijual dengan harga RM300. Nilai bullion perak Morgan tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan ini bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

Wednesday 24 October 2012

TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG

Teknik Asas Mengukur Badan

1) Labuh Baju: Ukur dr pangkal leher ke labuh yg di kehendaki.
2) Labuh Dada: Ukur dr pangkal leher ke paras buah dada.
3) Labuh Pinggang : Ukur dr pangkal leher ke pinggang yg paling kecil.
4) Labuh Ponggong : Ukur dr pangkal leher ke ponggong yang paling besar.
5) Ukuran Dada: Ukur keliling dada yang Besar,beri kelonggaran.
6) Jarak Dada: Ukur jarak antara 2 buah Dada.
7) Ukuran Pinggang: Ukur keliling pinggang yg paling kecil, beri kelonggaran.
8) Ukuran Ponggang: Ukur Keliling Ponggong yg besar , beri kelonggaran.
9) Leher: Ukur Keliling Leher, beri kelonggaran.
10) Bahu:Ukur tulang bahu dr kanan ke kiri.
11) Pangkal Tangan: Ukur Pangkal Lengan & dirikan 2 jari.
12) Labuh Tangan: Ukur Labuh tgn yg di kehendaki.
13) Buka Tangan: Ukur keliling Pergelangan tangan ,beri kelonggaran.
14) Dada Depan: Ukur dada depan dari kanan ke kiri.
15) Dada Belakang : Ukur dada depan & Tambahkan 1 1/2 inci

Tuesday 4 September 2012


Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang, duit dan harta dariZaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimiadengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas, hiasan sejak zaman dahulukala lagi apabila tamadun manusia mulapandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalambentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial



6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksidawalaupun didalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.

Ia adalah simbol kemewahan dan simpanankekayaan individu.



11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbolsamada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emastelah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagaikonduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelitdan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrikterbaik.


15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindakbalas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindakbalas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untukmenentukan ketulenan emas.



19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagaipengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejakAfrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapatmengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepinganhalus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadihampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-KekerasanKekuatanSifat kelogaman(metallugical)Suhu leburPerubahan warna sesuatu kualiti emas.25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktorhaba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan danagen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-Hasilnya adalah logam emas padu.29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yangtidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepadakesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbitalatomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengancampuran beberapa komposisi copper (tembaga)dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuksemulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagaitambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan banknegara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannyatidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaranurusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yangterlibat dalam perang kembali menggunakan emas untukmembiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengantukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawangtelah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawangmereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotaiTabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian danbiasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikania lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal sepertikeras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepadaemas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu sepertiAmerican Gold Eagle, British Gold Sovereign dan SouthAfrica Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalambentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan99.999% emas.


Tuesday 28 August 2012

Menanti Cinta Terpelihara : Sukarnya Kerana Keindahannya

"Betapa indah sebuah kesabaran
Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan
Jika suatu hari atau pada saat tertentu
Dunia dijual, betapa tinggi harganya..."
(Syair Arab)
Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu.
Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
" Di Tangan Engkaulah segala kebaikan."
(Surah Ali Imran ayat 26)
Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah. Sungguh, ia anugerah terindah.
" Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera."
(Surah Al Insaan ayat 12)
Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah. Bahawa ia menuntut waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam hati. Dan berbezalah mereka yang menjaga hati demi menanti sebuah cinta yang sejati.
Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan.
" Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata
Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan
Bertukar celak mata adalah hal yang binasa
Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...."
(Syair Manaqib al-Syafi'e)
Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerana hatinya menanti sebuah cinta. Kerana kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerana Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan.
" Kesukaanku dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan wanita."
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)
Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah. Cukup benar, demi menanti sebuah cinta.
Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati.
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan."
(Surah As-Sajadah ayat 17)
Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia.
Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran bahagia. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti.
"Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Mulk ayat 14)
Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta yang menanti.
"Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)
Sungguh, cinta ini Demi dan Hanya untukNya

Thursday 23 August 2012

Misteri ‘Terowong Jepun’ Di Kunak Sabah Terungkai

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.
Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
 
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap

Sunday 8 July 2012

Skim Pinjaman Perumahan oleh Institusi Kewangan Islam

Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman sendiri?
Mempunyai kediaman sendiri adalah sesuatu yang diidam-idamkan kan oleh semua. Keputusan untuk membeli rumah adalah sangat signifikan dan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan seseorang. Ia bukan hanya memerlukan komitmen kewangan yang tinggi malah membeli rumah adalah satu pelaburan jangka panjang yang besar faedahnya.
Bunyi memang menarik tetapi dalam merancang pembelian rumah banyak elemen yang perlu diambil kira, di antaranya; struktur isi rumah, tarikh pembelian, deposit dan pendahuluan, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan. Pengiraan secara teliti harus dilakukan agar tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan yang lain.
Hari ini membeli rumah melibatkan kos yang besar. Ditambah pula dengan kenaikan harga rumah yang mendadak pada tahun 2011 terutamanya di kawasan bandar, menyumbang kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan jangka masa panjang ini. Dan majoriti pembeli Muslim memilih mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan Islam untuk membiayai pembelian rumah mereka. Ini kerana menerusi institusi kewangan Islam, urus niaga kewangan mereka bebas daripada riba, atau faedah.
Setiap bank juga menawarkan pakej-pakej pinjaman atau pembiayaan yang tertentu bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan. Setiap pakej mempunyai perbezaan dari segi kadar asas pinjaman atau ‘based lending rate’ (BLR), tempoh matang, had pinjaman, bayaran pendahuluan dan sebagainya.
Institusi kewangan Islam di negara ini mampu menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif. Di antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil (BBA) dan kontrak perkongsian Musyarakah Mutanaqisah (MM).
Kaedah BBA adalah kaedah yang mula-mula digunakan dalam pembiayaan perumahan secara Islamoleh institusi kewangan Islam di Malaysia, pada masa itu Bank Islam Malaysia Berhad. Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Kaedah ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
Konsep ini sangat popular di Malaysia dan sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 peratus dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain.
Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih suatu aset yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan. Pihak bank akan membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai dan aset tersebut telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual aset berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui. Hak milik aset tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Baiklah, contohnya, pelanggan A ingin membeli rumah berharga RM200,000. Kebiasaannya pelanggan akan membayar 10 peratus iaitu RM20,000 sebagai deposit kepada pemaju. Pelanggan A akan menandatangani perjanjian Sale and Purchase (S&P Agreement) dengan pihak pemaju dan kemudian akan mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank. Jika Pelanggan A layak membuat pembiayaan maka pihak bank bersetuju membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM180,000 setelah ditolak 10 peratus deposit yang telah dibayar tunai oleh Pelanggan A. Maka rumah tadi telah bertukar hak milik kepada pihak bank setelah semua proses pemilikan ke atas rumah itu telah diselesaikan. Pihak bank akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru disebut sebagai harga jualan iaitu RM350,000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan dalam tempoh 20 tahun atau lebih, bergantung kepada persetujuan.
Walaupun begitu, BBA yang diamalkan di Malaysia bercampur dengan unsur lain menyebabkannya dipertikai perbankan Islam di Asia Barat. Antara unsur dimaksudkan ialah unsur bai’ al-’inah dan menjual sesuatu yang belum wujud (bai’ al-ma’dum). Perkara lain yang dipertikaikan ialah konsep BBA dalam pembiayaan perumahan yang sedang dalam pembinaan.
Kebanyakan konsep dilaksanakan ialah pihak bank membeli hak ke atas rumah sedang dibina daripada pihak pemaju. Selepas itu bank menjadikan rumah yang sedang dibina sebagai satu sekuriti yang kemudian diiktiraf sebagai aset terasing bernilai dan kemudian dijual kepada pelanggan dengan harga tangguh (modal + untung) menggunakan konsep BBA tanpa menghiraukan rumah itu terbengkalai atau lambat pembinaannya. Segala risiko pembinaan dipikul sepenuhnya oleh pelanggan.
Konsep ini menimbulkan kontroversi besar di kalangan ulama Islam. Pertama, adakah sekuriti itu haq maliy yang terasing daripada aset sebenar? Haq maliy di dalam Islam sebenarnya terikat secara terus dengan aset yang wujud. Dalam kes di atas, aset sebenarnya belum wujud (masih dalam pembinaan). Atas dasar itu, kebanyakan ulama khususnya di Asia Barat berpegang bahawa haq maliy pada rumah berkenaan berbentuk al-dayn (hutang). Berdiri di atas pandangan boleh menjual dayn mustaqir (hutang yang diyakini boleh bayar), bank tidak boleh menjual hutang dengan harga lebih tinggi atau lebih rendah. Sebarang perubahan pada harga membawa kepada mengambil riba.
Itulah antara permasalahan yang timbul dengan pelaksanaan konsep BBA dalam Perbankan Kewangan Islam yang diamalkan oleh kebanyakan bank tempatan.
Berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh institusi perbankan tempatan dalam produk kewangan Islam, institusi bank antarabangsa yang membuka cawangan mereka di Malaysia mampu menawarkan produk kewangan Islam yang lebih baik dan menguntungkan pengguna.
Konsep yang dimaksudkan itu ialah menggunakan akad Musyarakah atau lebih tepat lagi Musyarakah Mutanaqisah (MM) yang merupakan alternatif kepada BBA.
Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara pada 6 Februari 2006 sebagai kaedah pembiayaan yang mematuhi Syariah kerana ia adalah satu kontrak yang dibenarkan dalam Muamalat Islam. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke 56 pada Februari 2006 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah mutanaqisah diharuskan.
MM ini melibatkan dua bahagian kontrak iaitu pelanggan membuat perkongsian (musyarakah) dengan bank di bawah konsep Syirkah al-milk (pemilikan bersama) dan bank memajak sahamnya ke atas pemilikan rumah berkenaan kepada pelanggan di bawah konsep ijarah (pajakan).
Di bawah MM ini pelanggan yang berhajat untuk membeli aset akan menemui pihak bank bagi mendapatkan pembiayaan. Pihak bank dengan pelanggan berkenaan akan menandatangani perjanjian Musyarakah untuk sama-sama membeli aset berdasarkan nisbah saham masing-masing sebagai contoh 90:10. Deposit yang mungkin telah dibayar oleh pelanggan akan dikira sebagai bayaran awal sahamnya. Pelanggan kemudiannya akan menyewa bahagian aset yang dimiliki oleh bank menerusi perjanjian Ijarah.
Setiap pembayaran sewa adalah dikongsi bersama antara pelanggan dengan bank menurut nisbah pemegangan saham masing-masing dan dalam bayaran sewa yang dibayar oleh pelanggan sejumlah tertentu akan digunakan untuk membeli bahagian saham yang dimiliki oleh pihak bank. Justeru, nisbah saham pelanggan akan terus meningkat selepas setiap pembayaran sewa dan nisbah saham pihak bank akan terus berkurangan sehinggalah ia dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan.
Musyarakah Mutanaqisah mula dilihat oleh koperasi sebagai mekanisme kontrak yang terbaik bagi membantu anggota koperasi memiliki rumah dengan lebih murah dan lebih singkat berbanding dengan mekanisme kontrak yang lain.
Seseorang pembeli yang bijak akan membuat beberapa perbandingan pakej pinjaman walaupun kebanyakannya mempunyai persamaan tetapi ada juga perbezaan setiap pakej yang ditawarkan. Antara pinjaman bank secara Islam yang menarik sekarang ialah Pembiayaan Perumahan-i oleh Bank Islam. Pakej ini menawarkan bayaran “Rehat” (Holiday Payment) untuk 2 bulan setiap tahun. Ini bermaksud peminjam hanya perlu bayar bulanan pinjaman untuk 10 bulan dan 2 bulan ditangguhkan dahulu. Pembayaran “Rehat” ini adalah untuk bulan November dan Disember bagi setiap tahun maka dengan duit lebihan komitmen untuk bayaran rumah itu bolehlah digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak untuk bulan Januari tahun berikutnya.
Menarik bukan?
Selain itu, dalam pembiayaan perumahan, aspek perlindungan takaful adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian. Perlindungan ini perlu untuk memberi jaminan kewangan sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi. Secara umumnya, sekurang-kurangnya perlindungan takaful berikut perlu diambil oleh seseorang yang membuat pembiayaan membeli rumah iaitu Pelan Takaful Gadai Janji, Pelan Takaful Empunya Rumah dan Takaful Isi Rumah.
Pelan Takaful Gadai Janji ialah perlindungan takaful yang melindungi pihak pelanggan bank dalam bentuk menyelesaikan baki pembiayaan jika pelanggan berkenaan mengalami kehilangan upaya kekal atau meninggal dunia. Manakala, Pelan Takaful Empunya Rumah ialah satu bentuk pelan perlindungan takaful untuk melindungi rumah kediaman terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi.



Takaful Isi Rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah kediaman, dan perlindungan kepada pelanggan sebagai peserta jika berlaku kecederaan maut. Pelanggan boleh menyertai Takaful Empunya Rumah atau Takaful Isi Rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.
Kemudian, dalam membeli rumah yang masih dalam pembinaan, kaji latar belakang pemaju berkenaan. Hendaklah dipastikan bahawa pemaju:
  • Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (belum luput)
  • Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualan sah yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan
Pembeli berhak untuk merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.
Akhir sekali, pembeli juga dikehendaki menjelaskan kos-kos berkaitan seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh pihak Kerajaan menggunakan TABUNGAN SENDIRI. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj yang mungkin dikenakan:
Jenis
Kadar
Fi guaman profesional
  • Perjanjian jual beli
1.0% ke atas RM 100,000 pertama 0.5% untuk RM 4,900,000 seterusnya
Duit Setem
  • Perjanjian pinjaman
  • Pindah hak milik (untuk rumah sudah siap sahaja)
0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1,000 1% ke atas RM 100,000 pertama
2% untuk RM400,000 seterusnya
Fi Pengeluaran Pinjaman Termasuk fi untuk pendaftaran cagaran, caj untuk carian tanah dan fi untuk carian kebankrapan Mungkin berbeza bagi negeri, pejabat tanah dan jenis harta yang berlainan. Sebagai contoh, di Selangor dan Wilayah Persekutuan, fi dan caj yang dikenakan berada dalam lingkungan RM300 hingga RM700
Fi Pemprosesan Dikenakan sekali sahaja untuk tujuan memproses permohonan pinjaman anda
Kadar(RM)
50
100
200
Jumlah Pinjaman (RM)
sehingga 30,000
30,001 – 100,000
100,000 ke atas

*Jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.

Selamat membeli rumah dengan berhemah

Saturday 7 July 2012


Teknik Menyimpan Wang


Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan daripada pendapatan anda.
Ramai yang mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak, maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada 20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?
Sebagai perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.
Untuk menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan, sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih cepat.
Bukankah benar bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa yang anda harus lakukan – mulakan menabung.
FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG
Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.
Teorinya cukup mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti mentadbirkan kewangan anda).
Jika anda tidak percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut. Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana kemampuan anda sudah berkurangan.
Begitu juga dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.
CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN
Di sini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.
1. Daripada pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.
2. Daripada hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.
3. Selepas anda membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat pembayaran pada diri anda sendiri.
4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.
 5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.
6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.
7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.

9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.
10. Amalkan program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk hiburan.
ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN
Menabung bukan sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?

Kejayaan kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda menyimpan!
BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?
Pertamanya, ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda. Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.
Kedua, buat satu matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini anda telah mempunyai objektif yang tertentu.
Selepas anda mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya dari anda.
Kebanyakan orang berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada membelanjakan.
UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK
Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti – jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan – maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan wang simpanan anda.
IA BOLEH DILAKUKAN!
Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

Friday 6 July 2012

Pelaburan Emas



Di artikel sebelum ini yang bertajuk Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), disebut tentang: “Akhir-akhir ini, dek kerana harga emas dan perak yang melambung tinggi serta kejatuhan wang fiat di sebelah Barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Selangor penuh!”
Dalam artikel kali ini, segala-galanya tentang emas, logam berharga ciptaan Allah akan dikupas. Baiklah sebelum cara menjana keuntungan dengan emas dibicarakan, keistimewaan melabur dengan emas disenaraikan dan dibincangkan satu persatu.
Pertama, emas mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuning nya yang cantik dan sifatnya yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya selaman-lamanya.
Kedua, emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM719. Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing. Itulah kehebatan emas.
Ketiga, Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada tren peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan graf di bawah; harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30/Oz. Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!). Untuk pengetahuan semua, emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Harga semasa dan rekod harga emas yang lepas emas boleh dilihat di www.kitco.com dengan pantas.
Keempat, emas mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?
Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes, merupakan aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak lagi kehebatan melabur dalam emas. Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ia ingin dijual kembali, ia akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:
  • Maybank: syiling Kijang Emas
  • UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Dinar: dinar emas
  • Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
  • Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:
  • Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
  • Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
  • Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
  • Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
  • Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.

Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyai spread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.
Ketiga ialah kesediaan stok. Selalunya, produk pelaburan emas yang baik berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Contohnya, Kijang Emas 1 Oz dan syiling emas UOB bank 1 Oz. Ini kerana syiling-syiling emas ini digemari berikutan spread nya yang rendah. Seterusnya, ada faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan. Contohnya, ada bank yang tidak membenarkan plastik salut emas dibuka atau emas tidak boleh calar atau sumbing. Ini boleh menimbulkan masalah kepada anda yang berazam untuk menjadi pelabur emas agresif. Bagi pembeli emas keluaran Public Gold, mereka lebih selamat kerana plastik cover jongkong emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka walau calar, bengkok, resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas tersebut.
Sekarang, anda pasti runsing, yang mana satu kah pelaburan paling baik? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Pakar-pakar emas menyarankan orang ramai supaya membeli emas fizikal kerana pertama, ia boleh digadaikan sekiranya anda memerlukan wang kecemasan. Tetapi jika anda menyimpan di akaun simpanan emas, anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). Kedua, emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Ketiga, jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal.
Walau apa sekalipun, yang paling penting ialah untuk terjebak dalam skim pelaburan emas! Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, ada yang menawarkan pulangan setiap bulan sehingga 2% – 3% setiap bulan, harga emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa dan moto penjualan mereka ialah duduk diam-diam pun boleh dapat duit. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat yang menawarkan pulangan lumayan, minta nombor pendaftaran syarikat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya business plan adalah anda perlu cari pelabur lain untuk dapat komisen, itu sudah cukup untuk membuktikan yang ia adalah skim pelaburan emas sampah!
Yang terakhir ialah zakat emas.
Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai dan zakat emas yang dipakai. Untuk zakat emas yang disimpan, sekiranya emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram dan tidak pernah dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Untuk zakat emas yang dipakai, ia tidak diwajibkan zakat tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.
Selamat melabur emas!

Artikel Berkaitan:

Thursday 7 June 2012

Khasiat Ekstrak Gamat Emas

Analisa ke atas gamat mendapati ianya tinggi dengan kandungan

a) Protein melebihi 44%
b) Karbohidrat 3-5%
c) Lemak kasar kurang daripada 2%
d) Asid amino perlu
e) Kolagen
f) Vitamin E semulajadi
g) Mineral-mineral termasuklah kromium, ferum, mangan, nikel, kobalt dan zink.
h) Asid lemak Omega-3 yang terdiri dari DHA dan EPA
dan lain-lain

Ia juga,

a) Mengandungi bahan bioaktif yang bertindak sebagai antioksidan
b) Mengandungi mukopolisakarida (Glukosamin dan Kondroitin)
c) anti-bakteria dan anti-fungus
d) Mengandungi ajen anti-nosiseptif (mengurangkan rasa sakit), anti-gastrik dan anti-radang disamping anti-kanser tertentu
e) Mengandungi ajen anti-hipertensi
f) Mengawal kolesterol dan gula darah
g) Menghindari masalah alahan dengan kesan anti-histaminnya.
dan lain-lain

Tuesday 15 May 2012

Harga emas di pasaran dunia ada naik dan turun. Jadi bilakah masa sesuai untuk membeli emas? Kalau ditanya pada sesiapa pun, bila nak beli emas? Kebarangkalian yang akan mereka jawab ialah bila dah ada duit atau ketika harga emas  rendah.
Sebenarnya masa sesuai untuk membeli emas ialah masa sekarang juga pada harga emas rendah, iaitu pada graf harga rendah daripada harga tinggi,jangan tunggu terus beli emas. Jika emas turun lagi beli emas sedikit demi sedikit iaitu guna teknik pemurataan kerana kita tidak tahu bilakah masa harga emas akan turun. Sila lihat sejarah graf kenaikan harga emas di www.kitco.com
Sekarang harga emas adalah rendah kerana krisis matawang euro, jadi masa yang amat sesuai membeli emas adalah sekarang juga. Adakalanya saya pelik, apabila harga emas naik,iklan di akhbar dan berita emas panas,pada masa itulah ramai yang ingin membeli emas,walaupun harga emas tinggi. Jadi beli emas sekarang masa harga rendah, emas adalah selamat dan akan sentiasa naik atau untung….gerenti beli emas tidak akan rugi…
Namun begitu kita boleh meramal harga akan turun atau naik berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Jadi kita kena rajin menganalisa, mendengar berita atau membaca internet berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas ini jika kita pantau akan membolehkan kita meramal harga emas akan turun atau naik dan seterusnya dapat tahu bila masa sesuai untuk membeli atau menjual emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas  adalah :
FAKTOR PERTAMA : PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIA
Permintaan emas adalah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar  emas dunia dan permintaan emas termasuk  import atau eksport emas. Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.
Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di pasaran dunia. 
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia
Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.
Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya  dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.
FAKTOR KEDUA : KEADAAN EKONOMI DUNIA
Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas iaitu harga emas akan turun. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.
FAKTOR KETIGA : HARGA DOLLAR U.S
Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga Dollar amerika semakin jatuh harga emas akan naik dan sebaliknya. Untuk  itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti negara u.s. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .
FAKTOR KEEMPAT : HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA
Dollar U.S sentiasa berlawan dengan dollar euro. Jika harga euro rendah, harga dollar us akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas. Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujuk www.forex.com.
KESIMPULAN :
Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Ini menyebabkan harga  emas adalah stabil dan selamat berbanding komoditi lain atau pelaburan lain. Contoh, jika berlaku  krisis ekonomi atau penurunan wang euro, akan menyebabkan harga emas akan turun. Bila harga emas rendah permintaan emas akan tinggi kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan harga emas. Jadi pelaburan emas adalah pelaburan yang terselamat kerana emas adalah kalis inflasi.
Jadi berdasarkan fakjtor-faktor di atas kita akan dapat membuat ramalan harga emas akan naik atau turun seterusnya akan dapat masa yang sesuai untuk membeli atau menjual emas

1. Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar. Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12 Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)
2. Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)
3. Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
4. Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday 25 April 2012

DINAR AND DIRHAM

DINAR DAN DIRHAM KELANTANwww.dinar dan dirham
                                                DINAR EMAS
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.


DIRHAM
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing. Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan? Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.



Mengapa pelaburan EMAS adalah peluang terbesar seumur hidup anda!!!!!

Setiap pasaran menaik emas utama dalam sejarah moden telah mempamerkan tiga tahap-tahap asas:

1. Peringkat Deflasi Mata Wang
2. Peringkat Permintaan Pelaburan
3. Peringkat Kegilaan
 

Satu kenaikan harga emas secara beransur-ansur diperingkat awal.
Diikuti oleh kenaikan secara mendadak dan dramatik menuju ke penghujung.
contoh fenomena ini pada tahun 1970s pasaran menaik emas seperti di bawah

Pada hari ini ketika pasaran emas menaik, kita telah lihat dua peringkat pertama telah berlaku.
Semasa peringkat pertama pasaran emas, harga emas telah meningkat kerana nilai USD dolar menurun.
Kita telah pun mengalami fenomena ini  dari sembilan tahun lepas  iaitu penurunan  33% US Dollar Index  antara musim panas 2001 dan musim bunga 2011.


Dalam peringkat kedua, harga emas terus meningkat disebabkan permintaan pelaburan yang semakin meningkat dari bank2 negara, pelabur pensendirian dan institusi pelaburan. Pelabur mahu melindungi kekayaan mereka dengan membuang USD dolar yg semakin menurun , dan pada masa yang sama pelabur tertarik dgn kenaikan yang sederhana di peringkat pertama pasaran kenaikan emas.Oleh sebab itu pelabur-pelabur memulakan untuk menyimpan  emas dan menyebabkan harga emas akan terus dan semakin menaik. Ini berlaku sekarang.

Dengan pengenalan ETF(Exchange Traded Fund) emas semakin popular berbanding sekuriti lain, permintaan pelaburan mempunyai kekuatan tersendiri sejak bermulanya pasaran kenaikan emas ini, ianya semakin bertambah dalam  muatan  berat ton dan nilai dolar. Dan ia terus mengalami peningkatan berterusan sekrang.


Tahap-tahap kedua dan pertama pasaran kenaikan emas pada umumnya memberi keuntungan yg besar kepada pelabur
Malah, harga emas dalam pasaran kenaikan ini telah meningkat sebanyak 449%.
Tetapi di peringkat akhir dan ketiga pasaran kenaikan emaslah yang boleh menukar pelabur-pelabur setiap hari menjadi jutawan segera.

Peringkat Tiga: KEGILAAN

Semasa peringkat ketiga pasaran kenaikan emas, perebutan pembelian emas seluruh dunia akan menyebabkan harga emas meledak naik secara mendadak.
Melihat bagaimana sesuatu begini mungkin berlaku hari ini, pasaran 1970s  menunjukkan peningkatan serupa seperti  pasaran emas moden:

Kenaikan mendadak akan pasti berlaku, gejala-gejala awal di mana kita sudah dapat melihat hari ini, boleh menggandakan harga emas sebanyak 100, 200, 300, dan melebihi 400% mulai hari ini tahap-tahap dalam masa 30 bulan.
Ini bukan ramalan semata2, rata2 pakar-pakar dalam bidang ini bersetuju.


Sekarang, jika anda fikir yang ramalan-ramalan ini mengejutkan atau sekadar teori kontroversi. Anda silap!.Disebabkan emas bersifat menentang inflasi , dan diterima secara universal iaitu kaedah menyimpan kekayaan.  Harga emas telah mengikuti satu corak-corak pergerakan yang boleh diramal berdasarkan ekonomi. Jadi apa yang telah terjadi pada tahun 1970s, walaupun dramatik, ianya tidak luar biasa atau mengejutkan pakar ekonomi.

Dan apa yang didapati keadaan yg sama telah berlaku sekarang iaitu penurunan nilai mata wang, permintaan pelabur terhadap emas semakin bertambah dan harga yang bakal meledak tidak lama lagi. Tetapi ada satu factor lagi pada kali ini yang akan menyebabkan kita akan mengalami situasi kenaikan yang lebih mendadak berbanding 1970an yang tidak ada pada 30 tahun lepas iaitu

Faktor China
Negara China amat berbeza dahula dan sekarang. Anda pasti mendengar ekonomi china yang semakin berkembang hampir setiap hari dalam berita. Tetapi apa kebanyakan orang tidak tahu disebalik wangtunai yang mereka ada,disebalik kilang2 barangan mereka. Orang Cina masih jauh kekurangan aset tunggal yang penting iaitu emas untuk menjaga kestabilan ekonomi mereka, keyakinan bagi rejim mereka , dan akhirnya, untuk mencapai persamaan dengan kekuasaan
barat.
Mereka kekurangan aset tunggal dimana kerajaan-kerajaan lain telah bergantung kepadanya selama berabad -abad mengharungi kemelesetan dan kesan-kesan tahun inflasi pada mata wang-mata wang rizab mereka. China kekurangan emas.

Berbanding dengan negara Asia, Eropah , dan ekonomi-ekonomi Amerika Utara, China sangat kekurangan dalam satu bidang yang mungkin paling penting kepada mereka pada tahun akan datang. Melihat dengan terperenci pada rizab-rizab asing diatas, anda dapat menyaksikan bahawa mereka perlu mengandakan pegangan-pegangan emas mereka untuk sama dengan rizab negara2 lain.
Dan ketika anda membaca 
ini, mereka sedang melakukannya sekrang.

Bukan sahaja kerajaan china sahaja melalui institusi kewangan mereka telah membanjiri pasaran emas ini malah segmen tunggal terbesar pembeli datangnya dari pelabur-pelabur persendirian China. Keluarga Cina menyimpan di antara 30% dan 40% daripada pendapatan tahunan mereka (purata). Ianya lapan kali ganda berbanding kadar menyimpan di Amerika akan tetapi hingga sekrang pasaran emas tempatan Cina masih jauh ketinggalan berbanding Amerika Syarikat dan Eropah. Ia membuktikan permintaan berterusan setiap tahun.