Tuesday 3 April 2012

MANUAL RAWATAN GAMAT

ANEMIA/KEKURANGAN DARAH E-mail
Written by Perunding GESB   

Anemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.
Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia.
Disyorkan :
  • C3 Spirulina 1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
    (1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed dan Bio-H bergantung kepada keperluan
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) (Bio-H - makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) - (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
ALAHAN KULIT
Written by Perunding GESB   

Alahan merupakan tindakbalas hipersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan kesan pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan (protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia spt bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dll. Faktor di atas perlulah dielakkan.
Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti anti histamina yang boleh mengurangkan gatal. Ia juga boleh mengurangkan radang dan masalah hipersensitiviti pada kulit di samping kaya dengan kollagen, vitamin E dan pelembap, gamat membantu melegakan ruam dan menpercepatkan penumbuhan tisu kulit yang baru.
Bioseed mengelakkan masalah peracunan diri dan pengeluaran toksin melalui kulit sementara C3 spirulina menyempurnakan zat-zat yg diperlukan oleh sel kulit.
Disyorkan :
Angin Ahmar (Stroke)
Written by Perunding GESB   

Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis (pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus (darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi.
Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Ini untuk mengelakkan dari pengecutan otot yg menjadi kecil jika lama tidak digunakan (muscular atrophy). Urutan juga dapat membantu.
Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisme badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan ‘nerve growth factor’ iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah (kesan antithrombotik) untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. Manakala HGH pula turut merangsang pemulihan tisu di samping meningkatkan aliran darah dan metabolisme yg diperlukan bagi penyembuhan. C3 spirulina yg mengandungi kandungan nutrien yg menyeluruh melengkapkan keperluan nutrisi bagi pesakit stroke yg kebiasaan tidak dapat makan dengan sempurna. Zat ini penting menjadi bahanbina untuk memulihkan kerosakan tisu saraf dan otak.
Disyorkan :
  • Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • Bio-B 1 paket 2 kali sehari
    (Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)
  • Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
  • C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Minyak Linimen eMas - boleh digunakan pada bahagian yang sengal
  • Krim Gamat eMas - boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan seperti di punggung dan belakang badan
  • Losyen eMas - boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah                
  •  
  • ASTHMA/LELAH
  • Written by Perunding GESB   
    Monday, 18 May 2009 03:53
    Lelah merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan / paru-paru mengecut) dan proses inflammasi menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas, nafas berbunyi, batuk terutama waktu malam dan awal pagi yang bertubi-tubi dan kahak yang sukar dikeluarkan. Faktor rangsangan perlulah dielakkan seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, jangkitan demam selsema, ubat-ubatan seperti aspirin dan juga allergens seperti habuk, bauan yang tengit, asap, ais / makanan sejuk, buahan seperti tembikai dll.
    Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbalas hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Kajian turut menunjukkan gamat dapat meredakan lelah pada kanak-kanak ataupun bronchiolitis. Gatal tekak juga dapat diatasi. Menurut kajian, kafein juga membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%.
    Disyorkan :
    • Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
      (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
    • Bioseed 1 paket 2 kali sehari (boleh dikurangkan ke satu paket sehari)
      (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
    • G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari
    • Krim Urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher
    • Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
      (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)
       

No comments:

Post a Comment