Rahsia Pelaburan Silver
Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan
tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan
oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk
digunakan.”
Perak,
emas dan logam berharga lain biasanya dilihat sebagai pelaburan bijak.
Pelaburan logam berharga adalah sebahagian besarnya berlaku atas
pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik dan peristiwa lain yang
cenderung untuk memberi kesan kepada nilai pelaburan yang lain. Ia
adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai untuk melindungi
harta anda daripada kesan kemelesetan dan kemurungan – dan logam
berharga yang lazim didagangkan, perak adalah pilihan terbaik untuk
kebanyakan pelabur dan secara umumnya dianggap sebagai pelaburan paling
selamat.
Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver
atau perak juga tidak ketinggalan naik. Kalau dulu kita hanya lihat
emas sahaja yang menjadi minat pelabur. Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.
Silver
atau perak digunakan di dalam industri pembuatan barang kemas dan juga
perak bullion. Selepas perang dunia kedua dan tahun 1960an, penemuan
saintifik telah menyebabkan industri semakin memerlukan perak, tidak
seperti emas, emas hanya digunakan untuk dua perkara iaitu wang dan
barangan kemas, kurang dari 10% keluaran emas digunakan untuk industri,
90% dari keluaran emas masih digunakan untuk barangan kemas dll. Seperti
kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan
bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak tidak
menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun
naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai. Perak
sangat diperlukan di dalam industri, ia merupakan konduktif elektrik
yang baik, di dalam kehidupan yang moden, semua tidak akan wujud jika
tiada perak. Barangan fotografi, bateri dan elektronik, ia semakin
banyak digunakan. Semakin banyak teknologi yang dijumpai, semakin banyak
perak akan digunakan.
Sebelum
ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun
tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda. Kalau dilihat
dengan mata kasar, para pelabur boleh membuat keuntungan dari perbezaan
harga tersebut. Untuk tahun ini, pengurangan kadar pengangguran di
Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekali gus bakal
merancakkan industri pembuatan dan teknologi. Memandangkan perak adalah
komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi
ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang. Kepesatan
pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekali
gus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan perak.
Jika
dikaji, kenaikan perak sepanjang 10 tahun ke belakang adalah sebanyak
797.66%. Ini bermaksud, kenaikan setahun perak adalah sebanyak 80%!
Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga
emas. Kalau diletak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001, pada
akhir 2011, nilai pelaburan adalah bersamaan dengan RM4923.60. Kalau
melabur dalam perak, nilainya melonjak kepada RM7976.60. Jauh lagi
HEBAT! Harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40
hingga 50 kali. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas
orang miskin atau “poor’s man gold” ini kerana semua orang mampu membeli
perak.
Dengan
menambah perak secara umum kepada portfolio saham, bon dan dana
bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset ketara atau sebenar
kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi
portfolio terhadap turun naik dalam nilai apa-apa jenis aset.
Tetapi apakah faktor yang mempengaruhi kenaikan perak? Adakah faktor yang sama seperti emas? Mari kita lihat:
Inflasi:
Bullion
perak melindungi kuasa pembelian ketika krisis kewangan. Contohnya,
satu auns bullion perak berjenama Morgan yang berharga RM150
disembunyikan di bawah katil selama enam bulan. Jika nilai dolar susut
sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, bullion perak tersebut boleh
dijual dengan harga RM300. Nilai bullion perak Morgan tidak semestinya
berubah, tetapi kuasa membeli sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana
bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan
ini bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai
akan melindungi aset yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang
kertas yang cepat susut nilai.
No comments:
Post a Comment