Gandingan
Teknologi Inovatif Memastikan Kesejahteraan Hidup Anda
Memperkenalkan sistem penapisan
air Al-Qaly dengan ciri-ciri istimewa dengan teknologi BEAM (Bio-Energized
Alkaline Mineral). Memenuhi sifat air yang sesuai diminum seperti
yang dituntut oleh syariat Islam iaitu air sebagai fardu kifayah,
malah mempunyai kelebihan yang lebih terserlah dari penapis air
biasa yang terdapat di pasaran.
KEISTIMEWAAN - 12 RAHSIA ALQALY
Air Bersih
Menggunakan seramik karbosyl dan SCAC (Silversol coated activated
carbon) yang tercanggih dan berkualiti. Mampu menapis sehingga 0.9
micron. Juga menapis apungan, mendapan, habuk dan karat. Menghapuskan
kuman dan parasit. Menyingkirkan sisa toksid, bahan kimia berbahaya
seperti klorin dan trihalomethane serta logam berat.
Beralkali
Membantu meneutral keasidan tubuh dan mencegah penyakit degeneratif
dan kanser. Mengelakkan kehilangan bahan mineral dari tubuh badan
seperti tulang dan gigi dari diperah keluar untuk menimbal keadaan
keasidan tubuh.
Kaya Dengan Mineral
Mineral dari batu karang semulajadi Okinawa membantu membekalkan
bahan galian penting seperti kalsium, magnesium, potasium dan sodium
untuk melancarkan fungsi organ badan mineral organik yang mudah
serap.
Bertenaga Tinggi
Menggunakan teknologi FIR (far infra red) magnetism untuk menghasilkan
air yang diaktifkan bagi membantu metabolisme badan dan penjanaan
tenaga yang tinggi bagi kendalian sel-sel tubuh yang sihat.
Diionkan
Menggunakan bebola ion dan bahan magnet yang mengandungi 8x lebih
kuasa dari magnet biasa. Molekul air yang bercas negatif ini membantu
mengatasi gejala radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, penyumbatan
salur darah dan penuaan pramatang.
Tahap Oksigenasi Yang Tinggi
Kelompok molekul air yang kecil mampu memerangkap oksigen dengan
lebih efisien bagi kegunaan tubuh badan.
Mudah Serap
Molekul air yang dikecilkan daripada 13 molekul kepada hanya 6 molekul
ini mudah diserap dan digunakan oleh badan terutamanya untuk mengangkut
nutrien ke dalam sel dan mengangkut keluar bahan toksid untuk dikumuhkan.
Mengaktifkan Aura
Menggunakan batu kristal terpilih yang membantu mengaktifkan aura
bagi meransang metabolisme badan.
Suci
Diperbuat daripada 100% karbon aktif dari tempurung kelapa. Air
yang melalui tanah liat ini juga sesuai untuk pensucian diri.
Sedap Diminum
Tiada lagi bau busuk, rasa payau dan kekeruhan warna.Tiada rasa
asid dan sedap untuk dinikmati.
Mudah Dikendalikan
Sistem mampat iaitu semua di dalam satu kotak mudah dipasang pada
paip air mudah menggantikan katrij baru dengan konsep mesra pengguna
(pusing dan ganti).
Murah Dan Tiada Pembaziran
Tidak perlu menggunakan kuasa elektrik. Tidak mempunyai air baziran.
|
No comments:
Post a Comment