GAMAT EMAS
Thursday, 23 October 2014
Wednesday, 19 June 2013
Thursday, 13 June 2013
INFO KESIHATAN
Uric Acid
Kandungan uric acid yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.Paras uric acid di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah tetap kekal normal sekiranya tiada faktor keturunan. Sebab itu, seseorang yang paras uric acid di dalam darah pada paras normal semasa ujian darah yang pertama – menunjukkan seseorang itu tak perlu lagi diulang periksa ujian darah uric acidnya .
Paras normal uric acid bagi lelaki sebaiknya di bawah daripada 300umol/l……dan bagi perempuan sebaiknya di bawah daripada 250umol/l bagi mengelak atau mencegah daripada penyakit gout dan batu karang dalam saluran kencing.
Elakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam bunga kobis dan kacang dal.
Pesakit gout jika dinasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman beralkohol dan minum air banyak.
Seseorang yang paras uric acidnya tinggi biasanya perlu mengambil ubat allopurinol atau colchicine untuk jangka masa panjang di mana dos ubat diubahsuai mengikut ujian darah. Oleh itu, pesakit perlulah diuji darah untuk uric acid secara berkala / follow up.
Darah Tinggi - akibat buruk
1. OTAK – boleh menyebabkan salur darah di dalam otidak pecah dan mengakibatkan perdarahan dalam otak. Angin ahmar / strok – lemah atau lumpuh sebahagian anggota badan dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Tekanan darah yang tinggi di dalam salur darah mengakibatkan dinding salur darah menebal dan menyempitkan salur darah. Apabila darah tidak mengalir lancar atau tidak sampai ke bahagian tertentu di dalam otidak juga mengakibatkan strok.Kolesterol yang tinggi menambahsempitkan lagi salur darah, usia tua juga berisiko tinggi untuk strok kerana dinding salur darah yang tebal.2. MATA – salur darah di dalam mata juga boleh sempit dan pecah yang boleh mengakibatkan buta.
3. JANTUNG – Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan jantung kembang dan lemah jantung. Pesakit darah tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung kerana salur darah kecil yang membekalkan oksigen ke otot jantung – sempit atau tersumbat dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.
4. BUAH PINGGANG – Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyempitkan salur darah yang membekalkan darah ke buah pinggang. Akibatnya buah pinggang boleh mengecil saiznya dan merosakkan sistem tapisan darah di dalam buah pinggang. Racun “urea” yang hasil metabolism makanan yang bersumber protin yang sepatutnya dibuang sebagai bahan toksin di dalam kencing tidak mampu lagi ditapis keluar oleh buah pinggang yang rosak. Akibatnya seseorang itu akan terpaksa menjalani dialysis buah pinggang demi untuk menyambung nyawa untuk membuang racun “urea” yang terkumpul di dalam darah. Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal isipadu air di dalam badan kita. Akibat kegagalan buah pinggang juga menyebabkan seseorang yang gagal buah pinggangnya – sembab atau bengkak air – keliling mata, muka, di dalam abdomen, skrotum, kedua-dua kaki dan juga di dalam paru-paru kerana buah pinggang yang gagal berfungsi tidak mampu lagi untuk membuang air yang berlebihan di dalam badan seseorang.
5. SALUR DARAH DI DALAM ABDOMEN – Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan salur darah besar “aorta” di dalam abdomen bocor atau pecah – boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Salur darah di hujung kaki boleh menyempit dan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki. Sehingga ke satu tahap, warna kulit akan bertukar biru dan hitam akibat aliran darah tidak sampai ke hujung kaki. Akhirnya, kaki boleh “mati” dan demi untuk menyelamatkan nyawa, pesakit terpaksa dipotong kakinya; samada pada paras di bawah atau di atas lutut. Merokok dan kolesterol yang tinggi menambahkan lagi risiko untuk menghadapi keadaan ini.
Setelah anda faham akan risiko bahaya seperti diterangkan tadi, bertindaklah dari sekarang untuk mencegah daripada berlakunya segala bahaya yang diterangkan tadi.
AMBILLAH SEGALA LANGKAH YANG BERIKUT
Makan ubat darah tinggi yang teratur dan mengikut arahan dos yang ditetapkan.
Berjumpa doktor secara berkala / temujanji
Kurangkan berat badan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.
Elakkkan makanan berkolesterol tinggi
Kurangkan garam
Kurangkan stress
Lakukan senaman harian
Monday, 25 February 2013
Mahalkan diriMu
Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.
Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.
Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.
Ini melemahkan.
Memahalkan Diri.
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.
Berapa banyak buku telah kita telaah?
Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini cakna isu semasa?
Pandaikah kita menguruskan wang?
Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? – terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”
Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.
Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?
Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.
Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.
Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!
Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.
Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.
Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.
Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.
Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.
Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.
Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.
Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.
Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.
Marilah, mahalkan diri kita.
Jadilah hambaNya yang berguna.
—————————

Thursday, 21 February 2013
Panduan Memilih Produk Emas Simpanan dan Pelaburan
Panduan Memilih Produk Emas Simpanan dan Pelaburan
This entry was posted on 15/01/2013, in pelaburan emas dan perak. and tagged Panduan Pemilihan Produk Emas, Produk Emas Simpanan dan Pelaburan. Bookmark the permalink. 1 Comment
Pilihan terbaik setiap masa, dan sentiasa adalah produk yg kadar susut nilai (spread) yg paling rendah, tidak kira dinar atau gold bar kerana keuntungan anda nanti akan jadi lebih cepat dan banyak.
Macamana kalau rantai atau barang kemas pula?
Kalau susut nilai rantai atau barang kemas itu hanya 2-5%, boleh juga anda jadikan simpanan dan pelaburan…kalau sebaliknya, tidak berbaloi.
Tapi kalau untuk simpanan jangkamasa panjang masih untung kan…?
Ye betul, cumanya kalau ada pilihan yang boleh menguntungkan anda dan hanya memerlukan tempoh sekitar 2-3 bulan, kenapa perlu memilih yang hanya boleh menguntungkan selepas 2-3 tahun…?
Tapi Gold bar dan Dinar tak boleh digadai di arrahnu kan.. ?
Kalau tujuan anda beli emas hanya kerana ingin digadaikan, maka pilihlah tak kira jenis dan bentuknya, asalkan ianya diterima untuk digadaikan, kerana itu matlamat anda membeli emas.
Tapi kalau tujuan anda beli emas sebagai simpanan dan pelaburan yang dari masa ke semasa akan meningkatkan nilai harta dan keuntungan anda, maka pilihlah emas yang punyai ciri-ciri seperti yang anda mahukan ini.
Tidak mengapa walaupun ia tidak boleh digadai, kerana matlamat anda ingin meningkatkan kewangan, harta dan keuntungan bukan menggadai, kerana ia masih sangat menguntungkan walaupun tanpa perlu digadai.
Dan, tidak semua arrahnu tidak menerima gold bar dan dinar sebagai produk cagaran untuk pinjaman arrahnu ini, sebaliknya masih banyak koperasi-koperasi yang menjalankan perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam Arrahnu ini.
Antaranya kalau di area lembah klang ada Koperasi Tentera (KT), Ar-Rahn dan byk lg..
LIHAT DISINI Panduan Beli / Jual Emas dan Perak Public Gold
Friday, 2 November 2012
Memories...
Friday, May 22, 2009
ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia
PETALING
JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Kelantan, Ismail
Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana sakit.
Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Allahyarham Ismail meninggal dunia kerana sakit.
"Beliau dah lama sakit dan meninggal dunia awal pagi... kita akan adakan sidang media pagi ini," kata beliau. Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akhir bulan lalu kerana masalah di bahagian kaki dan difahamkan turut menghadapi masalah jantung.
Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
-mstar.com

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.
Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang diterima Drs Khalil Isdham Lim sebentar tadi dan juga telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepadanya yang dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.
Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..
Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.
Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.
Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.
Al Fatihah...
Thursday, 1 November 2012
Rahsia Pelaburan Silver
Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan
tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan
oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk
digunakan.”
Perak,
emas dan logam berharga lain biasanya dilihat sebagai pelaburan bijak.
Pelaburan logam berharga adalah sebahagian besarnya berlaku atas
pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik dan peristiwa lain yang
cenderung untuk memberi kesan kepada nilai pelaburan yang lain. Ia
adalah salah satu cara yang paling boleh dipercayai untuk melindungi
harta anda daripada kesan kemelesetan dan kemurungan – dan logam
berharga yang lazim didagangkan, perak adalah pilihan terbaik untuk
kebanyakan pelabur dan secara umumnya dianggap sebagai pelaburan paling
selamat.
Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver
atau perak juga tidak ketinggalan naik. Kalau dulu kita hanya lihat
emas sahaja yang menjadi minat pelabur. Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.
Silver
atau perak digunakan di dalam industri pembuatan barang kemas dan juga
perak bullion. Selepas perang dunia kedua dan tahun 1960an, penemuan
saintifik telah menyebabkan industri semakin memerlukan perak, tidak
seperti emas, emas hanya digunakan untuk dua perkara iaitu wang dan
barangan kemas, kurang dari 10% keluaran emas digunakan untuk industri,
90% dari keluaran emas masih digunakan untuk barangan kemas dll. Seperti
kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan
bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak tidak
menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun
naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai. Perak
sangat diperlukan di dalam industri, ia merupakan konduktif elektrik
yang baik, di dalam kehidupan yang moden, semua tidak akan wujud jika
tiada perak. Barangan fotografi, bateri dan elektronik, ia semakin
banyak digunakan. Semakin banyak teknologi yang dijumpai, semakin banyak
perak akan digunakan.
Sebelum
ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun
tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda. Kalau dilihat
dengan mata kasar, para pelabur boleh membuat keuntungan dari perbezaan
harga tersebut. Untuk tahun ini, pengurangan kadar pengangguran di
Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekali gus bakal
merancakkan industri pembuatan dan teknologi. Memandangkan perak adalah
komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi
ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang. Kepesatan
pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekali
gus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan perak.
Jika
dikaji, kenaikan perak sepanjang 10 tahun ke belakang adalah sebanyak
797.66%. Ini bermaksud, kenaikan setahun perak adalah sebanyak 80%!
Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga
emas. Kalau diletak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001, pada
akhir 2011, nilai pelaburan adalah bersamaan dengan RM4923.60. Kalau
melabur dalam perak, nilainya melonjak kepada RM7976.60. Jauh lagi
HEBAT! Harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40
hingga 50 kali. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas
orang miskin atau “poor’s man gold” ini kerana semua orang mampu membeli
perak.
Dengan
menambah perak secara umum kepada portfolio saham, bon dan dana
bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset ketara atau sebenar
kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi
portfolio terhadap turun naik dalam nilai apa-apa jenis aset.
Tetapi apakah faktor yang mempengaruhi kenaikan perak? Adakah faktor yang sama seperti emas? Mari kita lihat:
Inflasi:
Bullion
perak melindungi kuasa pembelian ketika krisis kewangan. Contohnya,
satu auns bullion perak berjenama Morgan yang berharga RM150
disembunyikan di bawah katil selama enam bulan. Jika nilai dolar susut
sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, bullion perak tersebut boleh
dijual dengan harga RM300. Nilai bullion perak Morgan tidak semestinya
berubah, tetapi kuasa membeli sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana
bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan
ini bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai
akan melindungi aset yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang
kertas yang cepat susut nilai.
Wednesday, 24 October 2012
TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG
Teknik Asas Mengukur Badan
2) Labuh Dada: Ukur dr pangkal leher ke paras buah dada.
3) Labuh Pinggang : Ukur dr pangkal leher ke pinggang yg paling kecil.
4) Labuh Ponggong : Ukur dr pangkal leher ke ponggong yang paling besar.
5) Ukuran Dada: Ukur keliling dada yang Besar,beri kelonggaran.
6) Jarak Dada: Ukur jarak antara 2 buah Dada.
7) Ukuran Pinggang: Ukur keliling pinggang yg paling kecil, beri kelonggaran.
8) Ukuran Ponggang: Ukur Keliling Ponggong yg besar , beri kelonggaran.
9) Leher: Ukur Keliling Leher, beri kelonggaran.
10) Bahu:Ukur tulang bahu dr kanan ke kiri.
11) Pangkal Tangan: Ukur Pangkal Lengan & dirikan 2 jari.
12) Labuh Tangan: Ukur Labuh tgn yg di kehendaki.
13) Buka Tangan: Ukur keliling Pergelangan tangan ,beri kelonggaran.
14) Dada Depan: Ukur dada depan dari kanan ke kiri.
15) Dada Belakang : Ukur dada depan & Tambahkan 1 1/2 inci
Tuesday, 4 September 2012
Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dariZaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimiadengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas, hiasan sejak zaman dahulukala lagi apabila tamadun manusia mulapandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalambentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksidawalaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan dan simpanankekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbolsamada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emastelah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagaikonduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelitdan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrikterbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindakbalas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindakbalas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untukmenentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagaipengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejakAfrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapatmengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepinganhalus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadihampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-KekerasanKekuatanSifat kelogaman(metallugical)Suhu leburPerubahan warna sesuatu kualiti emas.25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktorhaba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan danagen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-Hasilnya adalah logam emas padu.29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yangtidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepadakesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbitalatomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengancampuran beberapa komposisi copper (tembaga)dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuksemulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagaitambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan banknegara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannyatidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaranurusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yangterlibat dalam perang kembali menggunakan emas untukmembiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengantukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawangtelah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawangmereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotaiTabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian danbiasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikania lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal sepertikeras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepadaemas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu sepertiAmerican Gold Eagle, British Gold Sovereign dan SouthAfrica Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalambentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan99.999% emas.
Tuesday, 28 August 2012
Menanti Cinta Terpelihara : Sukarnya Kerana Keindahannya
Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan
Jika suatu hari atau pada saat tertentu
Dunia dijual, betapa tinggi harganya..."
(Syair Arab)
Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu.
Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
" Di Tangan Engkaulah segala kebaikan."
(Surah Ali Imran ayat 26)
Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum
setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu
wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh
dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah.
Sungguh, ia anugerah terindah.(Surah Ali Imran ayat 26)
" Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera."
(Surah Al Insaan ayat 12)
Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu
cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah.
Bahawa ia menuntut waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam
hati. Dan berbezalah mereka yang menjaga hati demi menanti sebuah cinta
yang sejati.(Surah Al Insaan ayat 12)
Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan.
" Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata
Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan
Bertukar celak mata adalah hal yang binasa
Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...."
(Syair Manaqib al-Syafi'e)
Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerana hatinya menanti sebuah cinta. Kerana kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerana Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan.
" Kesukaanku
dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta
wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum
sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan
wanita."
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)
Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada
titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan
cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada
ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah.
Cukup benar, demi menanti sebuah cinta.(Hadis Riwayat Sahih Muslim)
Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati.
"Seorangpun
tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu
(bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan
terhadap apa yang mereka kerjakan."
(Surah As-Sajadah ayat 17)
Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah
adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus
dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu
meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang
sebelumnya dipenuhi rahsia.(Surah As-Sajadah ayat 17)
Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran bahagia. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti.
"Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Mulk ayat 14)
Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama
bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin
sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba
memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada
Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta
yang menanti.(Surah Al-Mulk ayat 14)
"Allah
berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih
apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak
terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah
lihat."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)
Sungguh, cinta ini Demi dan Hanya untukNya
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)
Subscribe to:
Posts (Atom)