Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.
Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah
dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka
kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta,
cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan
kanan mereka kala proses pendewasaan.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak
langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel
pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut
cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan
melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui
sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta,
perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja
kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas
mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.
Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta,
menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa
cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang
berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar
bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan,
wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan
dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar
cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini.
Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya,
berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari
itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang
melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama,
ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’
berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa
banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira
dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’,
‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah
SWT.
Ini melemahkan.
Memahalkan Diri.
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan
mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi
berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang
bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah
kita.
Berapa banyak buku telah kita telaah?
Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini cakna isu semasa?
Pandaikah kita menguruskan wang?
Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita.
Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku?
Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku
semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia
bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran
seseorang? – terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka
begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan
rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan
menerima lamaran.”
Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam
salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau
lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara
melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita
sibukkan diri dalam kancah cinta.
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta.
Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa
yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina
ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat,
kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke
mana.
Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?
Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.
Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah diri dari segala filem, drama dan
novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya.
Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka
bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya.
Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya
akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika
tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.
Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah
dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah
asas kepada ummah!
Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada
orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih
tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan
rumahtangga.
Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.
Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.
Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.
Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’
sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah.
Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu
menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.
Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.
Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.
Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.
Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta
atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah
kita usahakan atasnya.
Marilah, mahalkan diri kita.
Jadilah hambaNya yang berguna.
—————————
Monday, 25 February 2013
Thursday, 21 February 2013
Panduan Memilih Produk Emas Simpanan dan Pelaburan
Panduan Memilih Produk Emas Simpanan dan Pelaburan
This entry was posted on 15/01/2013, in pelaburan emas dan perak. and tagged Panduan Pemilihan Produk Emas, Produk Emas Simpanan dan Pelaburan. Bookmark the permalink. 1 Comment
Pilihan terbaik setiap masa, dan sentiasa adalah produk yg kadar susut nilai (spread) yg paling rendah, tidak kira dinar atau gold bar kerana keuntungan anda nanti akan jadi lebih cepat dan banyak.
Macamana kalau rantai atau barang kemas pula?
Kalau susut nilai rantai atau barang kemas itu hanya 2-5%, boleh juga anda jadikan simpanan dan pelaburan…kalau sebaliknya, tidak berbaloi.
Tapi kalau untuk simpanan jangkamasa panjang masih untung kan…?
Ye betul, cumanya kalau ada pilihan yang boleh menguntungkan anda dan hanya memerlukan tempoh sekitar 2-3 bulan, kenapa perlu memilih yang hanya boleh menguntungkan selepas 2-3 tahun…?
Tapi Gold bar dan Dinar tak boleh digadai di arrahnu kan.. ?
Kalau tujuan anda beli emas hanya kerana ingin digadaikan, maka pilihlah tak kira jenis dan bentuknya, asalkan ianya diterima untuk digadaikan, kerana itu matlamat anda membeli emas.
Tapi kalau tujuan anda beli emas sebagai simpanan dan pelaburan yang dari masa ke semasa akan meningkatkan nilai harta dan keuntungan anda, maka pilihlah emas yang punyai ciri-ciri seperti yang anda mahukan ini.
Tidak mengapa walaupun ia tidak boleh digadai, kerana matlamat anda ingin meningkatkan kewangan, harta dan keuntungan bukan menggadai, kerana ia masih sangat menguntungkan walaupun tanpa perlu digadai.
Dan, tidak semua arrahnu tidak menerima gold bar dan dinar sebagai produk cagaran untuk pinjaman arrahnu ini, sebaliknya masih banyak koperasi-koperasi yang menjalankan perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam Arrahnu ini.
Antaranya kalau di area lembah klang ada Koperasi Tentera (KT), Ar-Rahn dan byk lg..
LIHAT DISINI Panduan Beli / Jual Emas dan Perak Public Gold
Subscribe to:
Posts (Atom)